MAKKAH – Seperti amalan setiap tahun semasa musim haji, Kiswa (kain hitam yang menutupi Kaaba) akan dilipat tiga meter dari paras bawah.
Bahagian lipatan Kiswa meliputi kesemua empat sisi itu akan dibaluti dengan kain putih kira-kira dua meter lebar.
Ketua Pengarah Kompleks Raja Abdul Aziz, Ahmad Al-Mansouri berkata, langkah itu bertujuan untuk menjaga kebersihan dan melindungi Kiswa daripada kerosakan.
Ini kerana ada dalam kalangan jemaah haji cuba menyentuhnya atau memotong potongan kain untuk dibawa balik sebagai cenderahati.
Katanya, sekumpulan pakar dan juruteknik berusaha memastikan kebersihan dan keselamatan Kiswa.
Kiswa akan diletakkan pada kedudukan asalnya sebaik sahaja musim haji berakhir. – MalaysiaGazette