Home Nasional MRT3 ditunda sehingga kajian selesai – MOT

MRT3 ditunda sehingga kajian selesai – MOT

Anthony
Anthony Loke. foto HAZROL ZAINAL, 12 JUN 2018.

KUALA LUMPUR – Mengambil kira status kewangan negara yang terbeban dengan hutang merupakan antara punca utama mengapa kerajaan membuat keputusan untuk menundakan projek Transit Ali­ran Massa 3 (MRT3) ketika ini.

Walaupun sebelum ini, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah membuat pengumuman untuk membatalkan sahaja projek yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM50 bilion itu perlu dite­ruskan pada masa hadapan.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, pihaknya yang dalam usaha untuk mengurangkan bebanan hutang dalam pelbagai pelaksanaan projek mega inisiatif oleh kerajaan terdahulu sehingga terpaksa mengambil keputusan menunda projek MRT3 sehingga pengumuman dilakukan kelak.

“Jajaran projek ini sepanjang 40 kilometer. Kawasan pusat bandar dan berkepadatan tinggi, hampir 80 peratusnya adalah terowong bawah tanah yang menyumbang kos sehingga RM50 bilion.

“Implikasi kewangan masih dalam kajian MRT Corp ketika ini. Kita masih dalam peringkat kajian ketika ini.

“Bukan kerajaan mahu menafikan faedah dan manfaat yang didapati melalui MRT3 tetapi pelaksanaan harus dikaji semula memandangkan tahap hutang negara lebih tinggi,” katanya.

Beliau mengulas soalan lisan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyatakan rasional dan implikasi daripada pelbagai segi meliputi kewangan, kadar penggunaan pengangkutan awam, impak ekonomi susulan, kesesakan jalan raya, jaringan pertumbuhan bandar, keselesaan pengguna serta aspek daripada pembatalan MRT3.

MRT3 pen­ting sebagai pelengkap kepada laluan MRT1 dari Sungai Buloh ke Kajang dan MRT2 yang beroperasi dari Su­ngai Buloh ke Putrajaya

Projek berkenaan bertujuan menyambung laluan antara MRT1 dari Sungai Buloh ke Kajang dan MRT2 yang beroperasi dari Sungai Buloh ke Putrajaya.

MRT3 sebelum ini dijangka menggunakan model pendanaan berbeza berbanding MRT1 dan MRT2 yang memerlukan kontraktor mencari sendiri kos pembinaan.

Ini membuka ruang kepada syarikat China termasuk China Communications Construction Company (CCCC) yang terlibat dalam projek berkenaan.

Justeru itu, menurut Anthony, ketika ini pihaknya akan mengutamakan menambahbaik perkhidmatan bas yang disifatkannya sudah jauh ketinggalan berbanding negara lain.

“Ini merupakan antara alternatif yang kita boleh lakukan dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan infrastuktur dapat dipertingkatkan dalam masa terdekat,” katanya. – MalaysiaGazette