KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan berasaskan tahun ke tahun meningkat 0.1 peratus pada bulan Jun 2018 berbanding penurunan 0.4 peratus pada Mei 2018.
Antara sektor yang mencatatkan peningkatan dalam tempoh ini adalah sektor perlombongan (+33.1%) dan bekalan elektrik dan gas (+1.3%), menurut Jabatan Perangkaan.
Sementara itu, indeks yang mencatatkan penurunan adalah pertanian, perhutanan & perikanan (-10.1%) dan pembuatan (-2.0%) dan bekalan air (-0.2%).
Perbandingan bulan ke bulan, IHPR pengeluaran tempatan menurun 0.7 peratus pada Jun 2018.
Penurunan indeks ini disumbangkan oleh pertanian, perhutanan & perikanan dan sektor perlombongan masing-masing (-2.8%), bekalan elektrik & gas (-0.8%), bekalan air (-0.6%) dan pembuatan (-0.1%).
IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan menurun 0.7 peratus pada bulan Jun 2018.
Penurunan ini disebabkan perubahan negatif dalam indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya (-1.7%), barang siap (-0.8%), bahan perantaraan, bekalan & komponen (-0.2%). – MalaysiaGazette