LONDON – Chelsea menawarkan N’Golo Kante kontrak baharu untuk tempoh lima tahun dengan pendapatan 290,000 pound seminggu.
the Blues sanggup menjadikan Kante penerima gaji yang setimpal sebagai usaha melindungi bintang itu daripada dirampas Paris Saint Germain, menurut The Times.
Dengan kontrak baharu itu, Kante akan kekal bersama the Blues sehingga tahun 2025 berbanding kontrak awal pada 2023.
Dengan bayaran itu juga menyaksikan Kante akan menerima gaji lebih tinggi berbanding Hazard di Stamford Bridge kelak.
Juara Ligue 1 Perancis, PSG menyenarai pendek Kante sebagai sasaran utama selepas menyaksikan aksi luar biasa pemain itu membantu Perancis menjulang Piala Dunia di Rusia pada 15 Julai lalu.
Bos baharu the Blues, Maurizio Sarri terlalu terdesak untuk melindungi Kante daripada pasukan Eropah memandangkan Barcelona dan Real Madrid mengintai Eden Hazard dan Willian.
Penjaga gol Chelsea Thibaut Courtois juga bakal melengkapkan perpindahan ke Santiago Bernabeu dengan nilai 35 juta pound.
Dalam pada itu, the Blues dikatakan cuba mendapatkan bintang pertahanan Juventus Mattia Caldara dengan nilai 35 juta pound selepas gagal menurunkan rakan sepasukannya Daniele Rugani. – MalaysiaGazette