Home Uncategorized Perodua adakan pertandingan tingkatkan kemahiran staf

Perodua adakan pertandingan tingkatkan kemahiran staf

Peserta sedang gigih menyelesaikan tugasan yang diberikan semasa Peraduan Kemahiran Teknikal Kebangsaan Perodua.
Para peserta sedang gigih menyelesaikan tugasan yang diberikan semasa Peraduan

KUALA LUMPUR- Perodua mengadakan Peraduan Kemahiran Teknikal Kebangsaan kepada semua kakitangannya bagi meningkatkan piawaia kemahiran dan pengetahuan mereka.

Pengarah Jrusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, peraduan yang pertama kali diadakan pada 1997 itu adalah sebagai persediaan untuk mencapai rekod 2.14 juta pengambilan servis kenderaan pada tahun ini.

Peraduan Kemahiran Teknikal Kebangsaan Perodua memperlihatkan beberapa kategori seperti penasihat servis, formen, mekanik, serta kategori baru iaitu penasihat servis badan kenderaan dan cat (B&P), berentap menerusi beberapa senario yang berkaitan dengan pelanggan.

“Para peserta dinilai berdasarkan ketepatan, ketelitian dan kecekapan mereka dalam menyelesaikan masalah yang diberikan. Bukan hanya dari perspektif teknikal tetapi mereka juga harus menumpukan kepada Kepuasan Pelanggan (CS),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Peraduan tahun ini adalah antara yang terbesar yang pernah dijalankan, dengan lebih daripada 2,000 kakitangan lepas jualan di seluruh negara (cawangan dan pengedar sah Perodua) mengambil bahagian dalam pusingan awal pada bulan Februari lalu.

Pertandingan peringkat kebangsaan yang diadakan pada 19 Julai menyaksikan mekanik Nur Adilin Mohd Yusuf (cawangan KK1) dan Muhd ​​Izuan Kamarul Baharin (Nagoya Automobile), formen Jamaluddin Ja’asa (cawangan Seremban) dan Felix Chee Tuin (Posh Auto), penasihat servis Noor Faziha Md Anas (cawangan Ipoh2) dan Siti Fatimah Abu Samah (Roda Juara), serta penasihat servis B&P Arthur James (cawangan KK1) muncul sebagai pemenang kategori masing-masing.

“Para pemenang mewakili yang terbaik buat Perodua dari segi perkhidmatan di seluruh negara, dan merupakan contoh kepada kita semua. Kepakaran teknikal, tumpuan kepada pelanggan dan kemahiran penyelesaian masalah mereka akan dikongsi ke seluruh bahagian lepas jualan kami demi para pelanggan kami yang dihargai.

“Perkhidmatan selepas jualan memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk memuaskan hati pelanggan kami. Melalui persaingan sihat, pertandingan ini memastikan perkhidmatan kami kekal berdaya saing dan relevan kepada keperluan dan kehendak semasa pelanggan,” tegasnya.- MalaysiaGazette