Home Politik PRK Sg Kandis: Tak salah pemimpin Pas berkempen untuk BN

PRK Sg Kandis: Tak salah pemimpin Pas berkempen untuk BN

MGF08042017-MAKAN-MALAM-HIJAU-FM-4-640x427
Hashim Jasin

KUALA LUMPUR – Pas hari ini menyatakan penglibatan beberapa tokoh parti itu dalam program di Sungai Kandis mendapat restu pucuk pimpinan parti.

Parti itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya secara jelas menasihatkan pengundi di kawasan pilihan raya kecil (PRK)Dewan Undangan Negeri itu supaya jangan mengundi calon Pakatan Harapan (PH).

“Pas juga akur serta menerima penuh pandangan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dalam nasihatnya kepada pegundi Sungai Kandis supaya jangan memilih calon dari parti yang boleh membawa kemudaratan kepada Islam, rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Pas, parti juga menasihati para pengundi Pas di PRK berkenaan keluar mengundi dan jangan sesekali membuat undi rosak.

Pas tidak memberi sokongan kepada kerajaan PH sebagai satu mesej mereka telah gagal menunaikan beberapa janji manifesto malah gagal memberi jaminan bahawa institusi Islam, Raja-Raja Melayu dan kepentingan orang Melayu tidak terancam.- MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts