KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia pada 6.28 petang tadi.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di alamat No 15, Jalan Pinggiran Putra 2/3 Desa Pinggiran Putra 43000 Kajang Selangor selepas Maghrib.
“Saya dengan penuh dukacita dan rasa hiba memaklumkan bahawa YB Dr Shaharuddin Badaruddin, Ahli Dewan Negeri Seri Setia, telah pulang ke rahmatullah pada jam 6.28 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Fecebook.
Katanya, PKR merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarham. – MalaysiaGazette