Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan penularan beberapa rakaman audio yang dikatakan suara beliau mengkritik timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Antara intipati rakaman itu ialah suara seorang individu didakwa sebagai Datuk Seri Anwar yang mengakui mengarahkan Mohd Rafizi Ramli bertanding jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti bulan ini, kerana mendakwa Mohamed Azmin sudah menjadi ‘barua’ (orang suruhan) Dr Mahathir. J
elas Datuk Seri Anwar lagi, beliau tidak pernah memberi sebarang kenyataan berhubung Khazanah kecuali berkenaan PRK DUN Sungai Kandis justeru mana-mana pihak tidak bodoh untuk mempercayai penularan rakaman audio itu yang disifatkan sebagai satu perbuatan tidak sihat.