SANTIAGO – Chile menjadi negara Amerika Selatan pertama yang mengharamkan penggunaan komersial plastik secara meluas.
Ia termasuk perundangan baru yang memberi masa dua tahun kepada kedai-kedai runcit untuk mematuhi undang-undang tersebut.
Manakala perniagaan yang lebih besar diberi masa enam bulan untuk berhenti menggunakan beg plastik.
Dalam pada itu, setiap pelanggan hanya dibenarkan membawa dua beg plastik sahaja.
Mana-mana perniagaan yang melanggar peraturan itu akan didenda sebanyak AS$370.
Presiden Chile, Sebastian Pinera berkata, undang-undang baru itu akan menjadikan negara itu lebih bersih.
“Kita mahu elak daripada budaya yang membuang-buang, di mana segala-galanya digunakan dan dibuang, kita perlu amalkan budaya kitar semula yang sihat.
“Terdapat 7.6 bilion penduduk di dunia. Kita tidak boleh terus melakukan pencemaran seolah-olah bumi ini kita yang punya,” katanya. – MalaysiaGazette