KUALA LUMPUR – Pelakon Ruhainies menjelaskan hubungannya dengan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Tazim (JDT), Safawi Rashid hanyalah kawan.
Wanita berusia 26 tahun itu memberitahu, sebagai kawan, tidak salah untuk menyokong satu sama lain.
Jelasnya, dia memiliki ramai kawan dan tidak semestinya perlu bercinta sambil mengakui kini sedang mengenali rapat dengan seseorang.
“Kami punya ada ‘hati nak kena jaga’. Harap semua faham la naaa.
“Kadang-kadang netizen yang suka buat teruk. Jadi batu api. Padahal tak ada apa pun. Kami selebriti, mungkin sebab tu jadi perhatian tapi kena la faham.
“Banyak kali dah duk habaq (beritahu), kami kawan saja. Tak ada masa nak ber-feeling. Kita kawan sudah na,” jelasnya di laman Twitter.
Sebelum ini, Ruhainies pernah mengakui ada menerima bunga daripada Safawi namun hubungan mereka setakat berkawan.
Namun tindakan Safawi yang memuat naik foto bersama kekasihnya di laman sosial telah menyebabkan netizen membuat andaian Ruhainies berasa cemburu.
Ruhainies menegaskan, dia tidak mahu disebabkan gosip tidak benar itu, persahabatannya dengan Safawi bertukar menjadi musuh.
“Biar pi la dia nak bercinta dengan siapa pun. Dia pun ada perasaan juga. Bagi la peluang. Hampa duk marah dia pasaipa (kenapa).
“Sudah-sudah la tu buat spekulasi. Janganlah sebabkan benda macam ni kejap lagi persahabatan pun kemana. Jadi musuh ke apa ke,” katanya. – MalaysiaGazette