KUALA LUMPUR – Setakat 12 tengahari ini, hanya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar borang pencalonan beliau untuk jawatan Presiden PKR.
Begitu juga dengan jawatan Timbalan Presiden, bekas Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah menghantar borang pencalonannya melalui wakil.
Bagi jawatan Naib Presiden PKR pula sebanyak dua borang pencalonan telah dikemukakan oleh Wiliam Leong dan Michael Thamil sebentar tadi.
Untuk jawatan Ketua Wanita Pusat, Fuziah Salleh menghantar borang pencalonan beliau dan untuk jawatan Timbalan Ketua Wanita Pusat pula, sebanyak dua pencalonan iaitu Dr Daroyah dan Rodziah Ismail. – Malaysia Gazette