JAKARTA – Sekurang-kurangnya 82 orang kemungkinan maut dalam kejadian gempa bumi kuat yang melanda Lombok semalam.
Bencana alam itu turut mengakibatkan beratus-ratus orang cedera, menurut pihak berkuasa.
Gempa bumi dengan 7 magnitud memusnahkan beratus-ratus bangunan dan menyebabkan bekalan elektrik terputus.
Kejadian itu berlaku selepas seminggu destinasi popular pelancong itu dilanda gempa bumi dengan 6.4 magnitud yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh.
Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa terkini yang berlaku di luar perairan utara Lombok itu merekodkan kedalaman 10 kilometer dan amaran tsunami dikeluarkan namun ditarik balik beberapa jam kemudian.
Gempa itu turut dirasai di Bali. – MalaysiaGazette