CALIFORNIA – Lima orang terbunuh apabila sebuah pesawat kecil terhempas di tempat letak kereta di pusat beli-belah di Santa Ana, California.
Pihak Berkuasa Kebakaran California berkata, unit bomba dan penyelamat telah dikejarkan ke tempat kejadian.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, pesawat Cessna 414 telah membuat panggilan kecemasan sebelum terhempas di tempat letak kereta di sekitar Lapangan Terbang John Wayne di Orange County.
FAA melancarkan siasatan terhadap kemalangan itu dan menambah Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional akan menentukan punca nahas. – MalaysiaGazette