Home Seni Hidup Ary Malik kini kritikal, kanser tahap 4

Ary Malik kini kritikal, kanser tahap 4

Foto terbaharu Ary Malik menerusi Instgram miliknya.

KUALA LUMPUR – Pelakon Ary Malik kini kritikal apabila koma sejak dua hari lalu di Hospital Ampang di sini akibat kanser ovari tahap empat

Ary, 46, dimasukkan ke hospital itu hampir seminggu lalu dan pernah tidak sedar diri selama empat hari.

Ary atau nama sebenarnya, Nurita Maliha Aryanee Malik Abdul Malik pada mulanya dikesan memiliki ketumbuhan namun disahkan kanser selepas menjalani pembedahan di Hospital Tunku Mizan di Wangsa Maju pada Mei lalu di sini.

Ibu kepada tiga orang anak berusia antara 11 hingga 19 tahun itu mula menjalani kimoterapi sejak enam bulan lalu dan ketika ini, doktor mengesahkan tumor sudah merebak di kepalanya.

Ary terkenal pada era 1990-an dan turut aktif sebagai pengacara televisyen.

Dia juga pernah menyertai rancangan realiti iaitu MasterChef Malaysia terbitan Astro pada tahun 2012 dan layak sehingga ke peringkat akhir. – MalaysiaGazette