Kerajaan mencabar Datuk Seri Najib Razak menunjukkan bukti kukuh kenapa perlu membayar bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy pakej gaji RM5 juta untuk enam bulan pertama tahun ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, jumlah gaji itu boleh dipersoalkan kerana Arul Kanda tidak menjalankan tugasnya yang sepatutnya sepanjang tempoh tersebut.
Jelas beliau, bekas perdana menteri perlu membuktikan Arul Kanda begitu bernilai sehingga layak mendapat gaji setinggi itu.
“Tunjukkan bukti beliau setimpal dibayar gaji tinggi oleh 1MDB untuk RM5 juta bagi tempoh enam bulan.