Home Politik Apa salahnya Najib bantu kempen PRK?

Apa salahnya Najib bantu kempen PRK?

Lokman Noor Adam
Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR – Datuk Lokman Noor Adam mempertahankan Datuk Seri Najib Razak yang turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis baru-baru ini.

Beliau yang juga calon dalam PRK yang sama menegaskan, bekas perdana menteri itu memerlukan program kempen untuk mempertahankan dirinya daripada difitnah.

“Lagi pun, dia bekas presiden dan masih Ahli Parlimen Pekan dan ketua bahagian,” ujarnya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.

Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu memberi respon kepada beberapa pimpinan parti yang menganggap kehadiran Najib tidak sepatutnya berkempen dalam PRK Sungai Kandis kerana terlibat dalam perbicaraan kes salah guna kuasa di mahkamah.

Menurut beliau, Najib baru sahaja didakwa dan belum menerima sebarang hukuman dan kes itu tidak ada kaitan dengan skandal 1MDB yang sebelum ini dijadikan modal politik Pakatan Harapan semasa PRU-14 lalu.

Sebelum itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mempertahankan Najib dan memaklumkan kehadiran bekas bosnya itu berkempen atas permintaan Lokman sendiri.- MalaysiaGazette