Home Dunia Lelaki punca kebakaran di California ditahan

Lelaki punca kebakaran di California ditahan

Forrest Gordon Clark

CALIFORNIA – Pihak berkuasa menahan seorang lelaki yang dipercayai menjadi punca kebakaran besar yang membabitkan kawasan seluas 9,600 ekar membabitkan kawasan pergunungan di selatan California.

Forrest Gordon Clark, 51, telah emel kepada ketua sukarela bomba tempatan dan memberitahu “kawasan ini akan terbakar” menurut polis Orange.

Lebih 600 anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang digelar ‘holy fire’ – salah satu kebakaran besar yang merentasi negeri itu.

Clark didakwa memulakan kebakaran selepas berlaku pertengkaran dengan jiran-jrannya.

Beliau ditahan di luar kabinnya dan akan didakwa membakar, memberi ancaman jenayah untuk mengganas.

Dia ditempatkan di penjara atas bon bernilai AS$1 juta.

Kebakaran itu telah memunah 12 hartanah di kawasan berkenaan, kecuali kediaman Clark. – MalaysiaGazette