HONG KONG – Pelakon terkenal Hong Kong, Jackie Chan terpaksa diselamatkan Jumaat lalu apabila beliau dan krunya terkandas dalam kejadian banjir lumpur.
Beberapa trak kru produksi terkandas di dalam lumpur dan terpaksa ditarik keluar.
“Cuaca tiba-tiba berubah dan saya bersama kru terperangkap dalam banjir lumpur yang teruk,” tulis beliau di dalam blognya.
Posting yang pada asalnya ditulis dalam Bahasa Mandarin diterbitkan di laman web Weibo, bagaimanapun Jackie tidak menyatakan lokasi kejadian.
Jackie ketika ini sedang menjalani pengambaran filem terbaharu Project X yang turut dibintangi pelakon dan ikon gusti Amerika, Jonh Cena.
Dalam postingnya, Chan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan dalam masa sama memohon maaf kepada kru-kru mengalami trauma akibat kejadian tersebut.
“Pasukan produksi kami akan belajar dari pengalaman ini, kami akan lebih prihatin kepada faktor cuaca dan kami akan berusaha sehabis baik untuk melindungi kru-kru dan memastikan tempat kerja kami adalah selamat,” katanya.- Agensi