KUALA LUMPUR- Perkataan Maha Firaun, UMNONGOK, Pascai antara yang telah disenaraikan sebagai bahasa terlarang oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Malah banyak lagi perkataan yang biasanya digunakan untuk mengutuk musuh politik oleh netizen disenaraikan SKMM dalam kategori yang sama.
Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan SKMM Zulkarnain Mohd Yasin berkata, panduan itu disediakan oleh SKMM dengan bantuan Dewan Bahasa dan Pustaka, Lembaga Penapisan Filem, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) dan Commercial Radio Malaysia (CRM).
Katanya, ia tidak menyebut secara langsung tindakan yang boleh dikenakan jika panduan itu dilanggar.
“Menyedari kepentingan kesantunan bahasa dan usaha mempertingkatkan kualiti kandungan siaran dalam media penyiaran, rujukan industri ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman pengamal media penyiaran dalam penyelarasan tafsiran dan suntingan berkaitan penggunaan bahasa terlarang khususnya bahasa kasar, kesat dan lucah,” katanya.
Bagaimanapun, menurut panduan itu, ia perlu dirujuk bersama peruntukan dan tiga lagi garis panduan lain, iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010.
Antara bahasa yang dilarang adalah termasuk perkataan Maha Firaun yang digunakan untuk mengkritik Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, DAPig untuk mengutuk DAP, UMNONGOK untuk menghina UMNO dan Pascai untuk menghina Pas.
kepala bapak kow dan haram jadah macam mana. bolih guna lagi ke tak bolih . nanti kita mansuh dalam kamus dbp istilah2 itu. kalau ada orang tak puas hati biar dia guna bahasa lain lah . parial ke pukimak ke