Home Politik Penulis blog pro PH perlu bantu kerajaan, kata Khalid

Penulis blog pro PH perlu bantu kerajaan, kata Khalid

Khalid Samad

KOTA BHARU – Penulis blog pro Pakatan Harapan (PH) perlu terus menyokong dan membantu dalam menerangkan dasar serta isu semasa membabitkan kerajaan, kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Abdul Samad.

Khalid, yang juga Menteri Wilayah berkata, penulis blog dilihat berada lebih dekat masyarakat yang menggunakan laman sosial untuk mendapatkan berita dengan lebih pantas pada masa kini.

“Dahulu semasa jadi pembangkang penulis blog ini bertujuan untuk mencari kelemahan pengurusan dan pentadbiran (kerajaan terdahulu). Mereka bertindak menulis, menyerang dan mendedahkan kelemahan-kelemahan kerajaan.

“Walaupun sekarang perkara itu masih perlu dilakukan kerana kerajaan kini lebih bersikap terbuka dan sedia mendengar teguran namun dalam masa yang sama kita perlukan penulis blog (pro Pakatan Harapan) untuk membela kita apabila diserang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi dialog bersama penulis blog dan pengamal media sosial Kelantan di sini, hari ini.-BERNAMA