JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun menjadi satu-satunya mangsa yang ditemui hidup selepas pesawat ringan yang dinaiki terhempas di kawasan pergunungan di wilayah Papua.
Dua juruterbang dan enam penumpang maut.
Pesawat satu enjin, Pilatus PC-6 milik Dinonin Air dilaporkan hilang semasa selepas 45 minit berlepas dari Tanah Merah di wilayah Boven Digul ke Oksibil, sempadan Papua New Guinea.
Tentera tempatan kemudian memaklumkan pesawat berkenaan telah ditemui selepas terhempas berhampiran Lapangan Terbang Oksibil.
Kolonel Jonathan Binsar berkata, kanak-kanak itu dikenali sebagai Jumaidi.
Semasa dijumpai, kanak-kanak itu berada dalam keadaan sedar.
Punca kemalangan tidak dinyatakan. – MalaysiaGazette