Ahli perniagaan Jho Taek Low atau Jho Low perlu bertanggungjawab ke atas pembelian kapal persiaran mewah, Equanimity, sekiranya ia dibeli menggunakan wang haram.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan ke atas Jho Low jika kapal mewah berkenaan dimiliki secara tidak sah.
“Siapa yang pernah melakukan kesalahan, kuasa undang-undang harus mengambil tindakan ke atasnya, itu pendirian saya.
“Seperti yang saya katakan, kami tidak terlibat dengan mana-mana proses pembelian kapal itu, saya tidak akan ubah pendirian saya,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.