KUALA LUMPUR – Datuk Seri Zukri Samat yang baru dilantik sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif TH Plantation Berhad.
Beliau menggantikan Tan Sri Ab Aziz Kasim yang bersara sejak 14 Mei lalu, menurut makluman TH Plantation kepada Bursa Malaysia.
Tabung Haji menguasai pegangan sebanyak 73.84 peratus saham TH Plantation.
Zukri, 60, adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB Holdings dan pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad dan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad. – MalaysiaGazette