Home Dunia Kejatuhan lira, rezeki berbelanja mewah

Kejatuhan lira, rezeki berbelanja mewah

Sebahagian wanita menunggu di hadapan butik Chanel untuk beli-belah. foto Agensi

ISTANBUL – Kedai-kedai mewah menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan jualan murah selepas mata wang lira menjunam melepasi 7 bagi setiap dolar.

Kebanyakan pelancong Arab beratur di luar butik Chanel dan Louis Vuitton di Nisantasi, lokasi beli-belah mewah di Istanbul.

Mata wang lira menyusut sehingga 18 peratus pada Jumaat lalu.

“Kami membeli pakaian, beli alat solek, kami membeli barangan berjenama. Harganya sungguh murah,” kata Fatima Ali dari Kuwait.

Lira mengalami kerugian hampir 40 peratus berbanding dolar pada tahun ini, di tengah-tengah kebimbangan pengaruh Presiden Tayyip Erdogan ke atas ekonomi.

Erdogan telah mahu kadar faedah yang lebih rendah, dan hubungan yang semakin buruk dengan Amerika Syarikat.

Presiden itu juga mahu Turki memberi hospitaliti terbaik kepada para pelancong, yang membawa masuk dolar ke negara berkenaan terutama dalam tempoh kritikal.

Menggambarkan kelemahan lira sebagai satu plot, Erdogan telah berulang kali menyeru warga negara itu supaya menjual dolar mereka untuk menaikkan mata wang tempatan. – MalaysiaGazette