Home Ekonomi Guan Eng nafi KWSP rugi RM6 bilion

Guan Eng nafi KWSP rugi RM6 bilion

Kes saman bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) berhubung penyiaran artikel berkenaan campur tangan dalam pelantikan mufti selesai selepas NSTP mengemukakan permohonan maaf kepadanya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Kes saman bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) berhubung penyiaran artikel berkenaan campur tangan dalam pelantikan mufti selesai selepas NSTP mengemukakan permohonan maaf kepadanya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan menafikan dakwaan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian sebanyak RM6 bilion dalam tempoh sebulan.

Pada masa sama, Lim Guan Eng juga menyangkal dakwaan nilai pelaburan KWSP menyusut.

“Merujuk kepada prestasi penyata kewangan adalah tidak benar bahawa KWSP mengalami kerugian RM6 bilion dalam masa sebulan seperti yang ditanyakan dalam soalan.

“Tetapi sekiranya YB merujuk kepada nilai saham, ia juga adalah kurang tepat,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr. Adham Baba (Tenggara -BN) tentang langkah segera yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi kerugian yang dialami KWSP sebanyak RM6.09 bilion dalam masa sebulan.

Dalam pada itu Guan Eng berkata, Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) adalah bursa yang terbaik di rantau Asia Pasifik pada tahun ini dengan mencatatkan peningkatan indeks sebanyak 0.04 peratus sejak akhir tahun lalu.

“Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) adalah dipengaruhi kecergasan ekonomi, urustadbir kewangan yang baik serta ketidakstabilan politik di dalam dan luar negara.

“Contohnya prestasi indeks KLCI adalah yang terbaik tahun ini di Asia Pasifik merangkui Jepun, Korea, China, negara-negara ASEAN, Australia setakat 13 Ogos 2018 iaitu semalam

“Sungguhpun tidak banyak berubah sejak akhir 2017, contoh tahun ini sehingga 13 Ogos indeks saham naik 0.04 peratus berbanding Australia, Thailand, Singapura, Jepun, Indonesia, Hong Kong, Korea, Filipina, Shanghai semua turun, yang paling rendah Australia turun 0.15 peratus,” tambah Ahli Parlimen Bagan itu. – MalaysiaGazette

+ posts