CARACAS – Venezuela mahu menaikkan harga bahan api untuk menghentikan penyeludupan keluar berjuta-juta dolar dari negara tersebut.
Presidennya, Nicolas Maduro berkata, petrol mesti dijual pada harga antarabangsa untuk menghentikan penyeludupan ke Colombia dan Caribbean.
Seperti kebanyakan negara pengeluar minyak, Venezuela menawarkan petrolnya dengan subsidi yang banyak.
Penyeludup-penyeludup kemudian menjual semula minyak di negara-negara berdekatan.
Ekonomi Venezuela dalam keadaan sukar, dengan kadar inflasi dianggarkan mencapai satu juta peratus tahun ini – namun harga minyak hampir tidak berubah.
Laporan tempatan menyatakan bahawa cawan kopi sekitar 2.2 juta bolivars (sekitar AS$0.50, £ 0.39 dalam pasaran gelap.
Untuk harga yang sama, anda boleh mengisi petrol dalam kenderaan SUV kecil hampir 9,000 kali.
Katanya, langkah menaikkan harga minyak itu bagi meningkatkan pendapatan kerajaan.
Meskipun begitu, warga negara itu masih berpeluang menikmati subsidi.
Namun, ramai warga negara itu membantah cadangan tersebut. – MalaysiaGazette
Many Venezuelans opposed to Mr Maduro’s government refuse to use the ID cards, however.