KUALA LUMPUR – Seorang juruterbang dan pembantu juruterbang cedera selepas helikopter jenis Robinson R-66 terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), di Subang, awal pagi tadi.
Ketika kejadian, kedua-dua juruterbang yang berusia 59 dan 70 tahun itu sedang membuat penerbangan ujian.
Kemalangan itu, bagaimanapun tidak menganggu operasi harian lapangan terbang tersebut. – MalaysiaGazette