Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen mengaku pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) awal September nanti akan mengakibatkan peningkatan harga barang.
Namun beliau menyangkal dakwaan bahawa kos sara hidup akan meningkat kerana beliau yakin kesan kenaikan harga barang tidak akan sama seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).