Home Politik Rafizi ajak debat, Azmin kata ‘terima kasih’

Rafizi ajak debat, Azmin kata ‘terima kasih’

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak tawaran debat  daripada Rafizi Ramli menjelang pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Katanya, tiada keperluan untuk mengadakan debat demi jawatan yang direbut.

“Saya ucap terima kasih kepada saudara Rafizi. Tak nampak kewajarannya kerana ini adalah pemilihan dalam parti bukan pemilihan presiden. Kita mahu libatkan diri dengan rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Tambah Mohamed Azmin, isu dalaman parti sepatutnya tidak dibincangkan dengan cara berdebat di hadapan umum.

“Dalam kalangan ahli saya percaya kita boleh bincang hal dalaman parti untuk kebaikan parti saya nampak parti harus bergerak semakin kuat selepas pemilihan,” tambah beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Beliau berkata demikian mengulas tawaran Rafizi yang merebut jawatan yang disandang Azmin iaitu Timbalan Presiden PKR sempena pemilihan parti kali ini.

Debat itu katanya untuk menjelaskan beberapa isu. -MalaysiaGazette