Home Sukan Jangan ganggu Morelos – Gerard

Jangan ganggu Morelos – Gerard

Alfredo Morelos.

LONDON – Pengurus Rangers, Steven Gerard memberi amaran kepada Bordeaux agar tidak mengganggu lagi penyerang Alfredo Morelos.

Kelab Perancis itu membuat bidaan bernilai £3.75 juta (RM19.57 juta) untuk pemain antarangsa Colombia itu.

Namun Gerard pantas menolak mentah-mentah sambil mendakwa tidak masuk akal.

Malah bekas pemain Liverpool itu sedia untuk memberikan ganjaran kepada Alfredo Morelos dengan kontrak baharu selepas memberi amaran kepada Bordeaux agar tidak melakukan bidaan lagi terhadap pemain Colombia itu.

Pihak pengurusan tertinggi Bordeaux dikatakan mahu bersedia untuk membuat percubaan kedua dalam usaha mendapat pemain baharu selepas menjual penyerang Gaetan Laborde £4.5 juta kepada Montpellier pada Khamis.

Pemain sayap Malcom juga dijual kepada Barcelona dengan harga £36.5 juta (RM23.5 juta).

Tetapi Gerrard menegaskan dia akan melawan semua percubaan untuk menjual penjaring terbanyak musim lalu tersebut. – MalaysiaGazette