Home Nasional Wan Azizah harap jumlah pengundi Seri Setia melebihi Sungai Kandis

Wan Azizah harap jumlah pengundi Seri Setia melebihi Sungai Kandis

Calon PKR, Halimey Abu Bakar (dua kiri) bersama Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (dua kanan) serta yang lain selepas menyerahkan borang penamaan calon pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Seri Setia di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 18 OGOS 2018
Calon PKR, Halimey Abu Bakar (dua kiri) bersama Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (dua kanan) serta yang lain selepas menyerahkan borang penamaan calon pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Seri Setia di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 18 OGOS 2018

PETALING JAYA – Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap jumlah pengundi yang keluar pada 8 September untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia melebihi DUN Sungai Kandis.

“Dan saya rasa insyaAllah pada hari undi kita nak ramai keluar mengundj berbanding dengan dulu di Sungai Kandis memang sejuk sikit sambutan, kali ni juga harapkan ramai lagi pengundi keluar undi di PRK balakong dan Seri Setia,” katanya kepada pemberita ketika hadir di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) sempena Penamaan Calon.

Peratusan keluar mengundi pada PRK DUN Sungai Kandis 4 Ogos yang lalu mencatatkan jumlah kedua paling sedikit dalam sejarah PRK apabila hanya 50.31 peratus pengundi di kawasan tersebut keluar mengundi.

Sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, hanya 25,765 orang daripada 51,217 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila sahaja tempoh mengundi tamat.

Untuk rekod, PRK DUN Penanti pada tahun 2009 mencatatkan peratusan keluar mengundi paling sedkit iaitu hanya 46 peratus.

Mengakui penggunaan logo Pakatan Haraoan buat pertama kali untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Seri Setia dan Balakong akan mengambil masa untuk dikenali namun Wan Azizah yakin ia permulaan yang baik. 

“Kita menggunakn logo baharu. Logo Pakatan Haralan ini memerlukan masa kerana kadang kala tak kenal maka tak cinta. Maka inilah kali pertama di Balakong dan Seri Setia,” tambah beliau. 

Turut hadir untuk menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan, Halimey Abu Bakar hari ini adalah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden, Tian Chu; Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin; Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. 

Kesemua pimpinan parti itu hadir dan bergerak meninggalkan MBPJ sebelum Wan Azizah tiba. – MalaysiaGazette