KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan hari ini disahkan meninggal dunia.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter rasminya menyatakan, Annan meninggal dunia di samping isterinya Nane, dan anak-anak mereka Ama, Kojo dan Nina.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Bern, Switzerland awal pagi tadi.
Annan, seorang anak kelahiran Ghana, berkhidmat sebagai Setiausaha Agung PBB yang ketujuh dari tahun Januari 1997 hingga Disember 2006.
Pada tahun 2001, beliau dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel bagi usahanya dalam memperjuangkan hak asasi manusia.
Jawatankuasa Nobel juga mengakui komitmennya dalam membanteras penyebaran virus HIV di Afrika.
Antara lain, Annan merupakan pengasas dan pengerusi Kofi Annan Foundation. – MalaysiaGazette