Home Seni Hidup Natasha Hudson sambut Aidiladha bersama pelarian Syria

Natasha Hudson sambut Aidiladha bersama pelarian Syria

KUALA LUMPUR – Pelakon Natasha Hudson bakal menyambut perayaan hari raya Aidiladha yang jatuh pada 22 Ogos ini bersama pelarian Syria di Mafraq, Jordan.

Menerusia Instagram miliknya, dia memberitahu misi kemanusiaan itu melibatkan badan sukarelawan Amal Hope yang turut melakukan ibadah korban.

“Assalamualaikum semua, doakan kami okay. Malam ini nak berjalan jauh ni ke Marfaq, Jordan untuk misi kemanusiaan dengan oganisasi saya Amal Hope.

“Berdebar saya sambut Aidiladha kali ini dengan pelarian Syria di sana dan menunaikan janji dan amanah serta qurban untuk anda sekalian,” tulisnya.

Natasha atau Natasha Liana Hudson 36, berangkat ke Jordan pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Natasha menerusi status sama, turut berterima kasih kepada semua individu yang telah membuat sumbangan bagi tujuan itu dan membantu pelarian Syria di Jordan.

“Anda semua sangat hebat kerana menyumbang. Saya sayangkan anda semua!
“Semoga Allah membalas segala kebaikan anda. Doakan kami selemat pergi dan pulang,” katanya. – MalaysiaGazette