KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama warga kota menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Negara hari ini.
Dalam ucapannya sempena Hari Raya Aidiladha, Dr Mahathir menzahirkan rasa syukur kerana umat Islam di negara ini dapat meraikan Hari Raya Haji tahun ini dalam keadaan aman dan tenteram di bawah pimpinan kerajaan baharu.
Perdana Menteri berkata keadaan di negara ini sudah pulih dan sambutan Hari Raya Aidiladha boleh diadakan dalam keadaan aman damai. – MalaysiaGazette