PALEMBANG, INDONESIA – Skuad boling negara menepati ramalan sebagai penyumbang pingat emas kontinjen Malaysia dalam kempen Sukan Asia 2018 di sini.
Emas pertama Malaysa itu hadir menerusi acara trio wanita di Pusat Boling Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang hari ini.
Esther Cheah Mei Lan-Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman-Syaidatul Afifah Badrul Hamidi muncul wira apabila menamatkan balingan dengan jumlah 4,326 jatuhan pin.
Boling merupakan antara sukan yang menjadi sandaran meraih sasaran tujuh pingat emas buat kontinjen Malaysia untuk edisi ke-18 itu. – MalaysiaGazette