SYDNEY – Kira-kira 30,000 penduduk Islam Australia menunaikan solat memohon hujan selepas negara itu mengalami kemarau panjang.
Jemaah dari 16 buah masjid bersama-sama menunaikan solat itu selepas solat Aidiladha di Masjid Lakemba di barat Sydney.
Ia dianjurkan oleh Persatuan Muslim Lubnan (LMA).
“Sebagai keluarga Australia, kami melaksanakan tanggungjawab dan bersama-sama membantu,” kata Samier Dandan, Presiden LMA.
Katanya, solat memohon hujan sering dilakukan semasa musim kemarau. – MalaysiaGazette