Home Sukan Liverpool akan julang gelaran EPL musim ini, kata Pearce

Liverpool akan julang gelaran EPL musim ini, kata Pearce

Liverpool diramal menjadi juara Liga perdana Inggeris musim ini mengenepikan Man City

ENGLAND – Stuart Pearce meramalkan Liverpool akan menang Piala Liga Perdana Inggeris musim ini.

Katanya, the Reds akan menjadi pencabar utama Manchester City musim ini.

Liverpool telah menang dua aksi awal musim termasuk kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace pada Isnin lalu.

Malah Jurgen Klopp menamatkan saingan EPL di tempat keempat musim lalu dan tewas 3-1 kepada Real Madrid dalam final Liga Juara-JUara Eropah musim lalu.

Bercakap kepada Skysports, Pearce percaya Liverpool kini mempunyai pengalaman dan dalam kedudukan terbaik untuk menjulang gelaran pertama EPL.

“Secara peribadi saya merasakan mereka akan menang EPL tahun ini. Malah ia merupakan perlumbaan antara Man City dan Liverpool sahaja,” katanya.

Justeru bekas penyerang Liverpool Craig Bellamy pula berpendapat kelab itu bertambah kuat kali ini berbanding musim lalu dalam aspek pertahanan.- MalaysiaGazette