LONDON – Legenda Arsenal, Thierry Henry bakal mengemudi Ligue 1 Perancis, Bordeaux sebagai pengurus baharu, lapor The Guardian.
Kata putus akan dimeterai dalam masa terdekat selepas Henry mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi kelab itu dan dia dijangka mengambil alih tugas bekas pemain Uruguay, Gus Poyet.
Henry ketika ini adalah pembantu jurulatih bagi skuad kebangsaan Belgium.
Bekas pemain skuad kebangsaan Perancis itu membantu pasukan memperoleh kemenangan pada Piala Dunia 1998.
Bordeaux baru-baru ini menggantung tugas Poyet susulan kelantangannya mengkritik mengenai polisi perpindahan kelab pada sidang media.
Sementara itu, kelab itu belum meraih mata selepas dua perlawanan Ligue 1 musim baharu. – MalaysiaGazette