HONOLULU – Penduduk berada dalam langkah berjaga-jaga berikutan taufan Lane bakal melanda negeri itu malam ini waktu tempatan.
Walaupun sebelum ini ianya berukuran kategori lima namun ketika ini sudah berkurangan kepada tahap 4 dengan kelajuan angina 250 kilometer sejam membadai kepulauan Hawaii, tengah malam ini.
Agensi melaporkan, Presiden Amerika Syarikat (AS). Donald Trump sudah mengeluarkan arahan supaya semua pihak bersiap sedia menghadapi rebut taufan yang juga dijangka akan membawa bencana serta kemusnahan besar di negeri itu.
Rata-rata dinasihati Trump supaya bersiap sedia hadapi serangan tersebut dengan menyimpan stok bekalan asas seperti air, makanan, bekalan perubatan serta kecemasan.
Dalam laman sosial Twitter Trump memohon penduduk untuk mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya keselamatan diri.
“Sesiapa yang berada di laluan #HurricaneLane tolong bersiap sedia, patuhi nasihat kerajaan dan pegawai tempatan serta ikuti maklumati terkini di @NWSHonululu. Berjaga-jaga!,” katanya.
Dalam pada itu, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan telah mengeluarkan amaran taufan untuk daerah Maui dan Hawaii sementara pemerhatian taufan dilakukan di Kauai serta Oahu.
Walaupun Lane diramalkan beransur lemah dalam tempoh 48 jam berikutnya namun ianya tetap disifatkan ribut berbahaya ketika terutamanya apabila semakin menghampiri Kepulauan Hawaii.
Kerajaan tetap perlu bersiap sedia terhadap potensi yang mengancam nyawa tanpa mengambil kira laluan sebenar ribut itu. – Malaysia Gazette