Hasil tinjauannya mendapat terdapat beberapa tadika di kawasan tersebut yang memerlukan peningkatan taraf agar dapat menjadi pemangkin kecemerlangan anak-anak.
“Berdasarkan pemerhatian saya sehingga kini masih banyak infrastruktur yang perlu ditambahbaik terutama melibatkan beberapa tadika yang ada di kawasan DUN Seri Setia ini.
Terdapat tadika yang pada pendapat saya masih ketinggalan infrastrukturnya dan perlu dinaiktaraf dengan kadar segera,” kata beliau. Beliau berkata demikian ketika sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan.
Tambahnya, fokus beliau selain mahu menyelesaikan masalah setempat adalah isu pendidikan yang diakuinya menjadi penyumbang kepada pembangunan masyarakat.