Home Sukan Sheikh Khaled gagal miliki Liverpool

Sheikh Khaled gagal miliki Liverpool

Sheikh Khaled Bin Zayed Al Nehayan. foto Agensi

ENGLAND – Sheikh Khaled Zayed Al Nehayan gagal dalam bidaan untuk untuk membeli kelab Liverpool.

Sheikh Khaled adalah sepupu kepada pemilik kelab Manchester City.

Sheikh Khaled dikatakan telah memujuk wakil the Reds sejak penghujung 2017.

Pengambilalihan kelab dengan nilai 2 bilion pound disifatkan sebagai rekod dunia paling termahal dalam sejarah bola sepak.

Khaled merupakan salah seorang usahawan berjaya di Timur Tengah, kata laporan itu lagi.

Pengarah Urusannya Midhat Kidwai juga difahamkan bertemu dengan Pengerusi Liverpool Tom Werner di New York untuk melakukan percubaan memulakan rundingan ke arah pembelian kelab itu.

Fenway Sports Group memiliki Liverpool dengan nilai 280 juta pound pada tahun 2010 lalu.

Manakala Mansour memiliki Man City dua tahun sebelumnya iaitu pada 2008 dengan nilai 210 juta pound.

Liverpool pula menegaskan bidaan Mansour itu tidak dipersetujui kelab dan pemiliknya John Henry dikatakan tidak pernah berjumpa dengan pegawai Abu Dhabi berkenaan.

Malah musim The Reds telah mengeluarkan dana 170 juta pound musim ini untuk membeli pemain bagi bersaing dengan Man City merebut takhta liga Perdana Inggeris selepas ini.

Liverpool sebagai menafikan laporan usaha pengambilalihan kelab itu, dalam kenyataan rasmi hari ini berkata:”
FSG sangat jelas dan konsisten bahawa kelab ini bukan untuk dijual kepada mana mana pihak pada bila bila masa.

“Namun pemilik kelab menyatakan pendirian bahawa bersedia mempertimbangkan untuk menerima pelabur minimum sekiranya kerjasama itu mampu melonjakkan kepentingan komersial dalam pasaran spesifik sebagai langkah meneruskan pembangunan dan pertumbuhan kelab dan pasukan ini”.- MalaysiaGazette