Home Sukan Sukan Asia 2018: Korea Selatan dominasi acara taekwondo

Sukan Asia 2018: Korea Selatan dominasi acara taekwondo

Korea Selatan kebal
Korea Selatan mendominasi acara Tekwondo dalam Sukan Asian 2018

JAKARTA – Korea Selatan mendominasi acara Taekwondo pada Sukan Asian Jakarta Palembang 2018 di Indonesia kali ini.

Negara itu merampas majoriti pingat dalam acara tersebut di Pusat Konvensyen Jakarta, Senayan Jakarta.

Korea Selatan mempamerkan kekebalannya dalam taekwondo apabila berjaya merangkul 5 emas, 5 perak dan dua gangsa.

Acara Taekwondo dipertandingkan sejak 19 Ogos hingga 23 Ogos lalu.

Manakala Iran di tempat kedua dengan 2 emas, tiga perak dan satu gangsa manakala Thailand membawa pulang 2 emas dan 2 gangsa.

Indonesia selaku tuan rumah temasya kali ini menduduki ranking ke lapan dalam kategori Poomsae wanita dengan 1 emas menerusi Defia Rosmaniar.- MalaysiaGazette