Home Ekonomi Harga minyak dunia stabil

Harga minyak dunia stabil

NEW YORK – Harga minyak stabil ketika perang perdagangan semakin meningkat di antara Amerika Syarikat dan China, mengimbangi jangkaan permintaan sehari selepas harga melonjak.

Minyak mentah Brent didagangkan pada AS$74.73 setong manakala West Texas Intermediate diniagakan pada AS$ 67.83 setong.

Pengarah Penyelidikan Pasaran Tradition Energy, Gene Mc Gillian berkata, pasaran sedang cuba mengimbangi kebimbangan tentang penurunan pertumbuhan permintaan global dan berapa banyak jumlah lebihan minyak dari Arab Saudi dan Rusia.

Namun, katanya, harga mendapat sokongan daripada keputusan yang lebih besar berbanding jangkaan dalam inventori minyak mentah yang dilaporkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Pertikaian perdagangan Amerika Syarikat-China semakin mendalam, dengan pelaksanaan tarif 25 peratus sen pada barang bernilai AS$16 bilion.

Dua ekonomi terbesar di dunia itu saling mengenakan tarif ke atas produk bernilai AS$$100 bilion sejak awal bulan Julai.

Washington pula sedang mengadakan perbicaraan mengenai cadangan untuk melaksanakan tarif import bernilai AS$200 bilion dan China hampir pasti akan bertindak balas.

Perang perdaganagan itu dijangka menjejaskan antara 0.3 hingga 0.5 peratusan mata daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar China. – MalaysiaGazette