Home Ekonomi Dr Muhammed penasihat ekonomi PM

Dr Muhammed penasihat ekonomi PM

Dr Muhammed Abdul Khalid

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Dr Muhammed Abdul Khalid sebagai penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri.

Muhammed yang berpengalaman selama lebih 20 tahun di dalam sektor ekonomi dan kewangan ketika ini juga merupakan Ketua Sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Penyelidikan di Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Ketua Ekonomi di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan Penganalisa Kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Malaysia.

Di samping itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Teknikal Kanan di Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia.

Nama beliau mula menjadi sebutan ramai sebelum ini apabila secara terbuka dan berani mengupas isu semasa seperti isu Cukai Barang dan Perkhidmatan serta Belanjawan 2018.

Pelantikan Muhammed berkuatkuasa 27 Ogos ini. – MalaysiaGazette