KUALA LUMPUR – Filem Hantu Kak Limah terus menerima sambutan luar biasa apabila berjaya mengutip sejumlah RM27.5 juta dalam tempoh 15 hari tayangannya.
Dengan jumlah itu, filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold berjaya merekodkan kutipan paling tinggi di Malaysia, sekaligus menjadi penanda aras baru dalam industri perfileman negara.
Penerbit Eksekutif, Datuk Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim sama sekali tidak menjangkakan filem ini akan mencapai kejayaan luar biasa, mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura kerana mempercayai naskhah tempatan.
Sambutan hebat yang diterima itu membuktikan HKL mampu bersaing dengan filem luar negara bagi pasaran Malaysia.
HKL masih rancak ditayangan di 147 pawagam di Malaysia, Brunei dan Singapura menampilkan Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida. – MalaysiaGazette