Home Dunia Ambil kerusi penumpang lain, lelaki dilarang naiki keretapi

Ambil kerusi penumpang lain, lelaki dilarang naiki keretapi

Video yang memaparkan seorang lelaki, Sun He yang enggan bangun daripada tempat duduk yang sepatutnya milik seorang waniita. foto China Daily

BEIJING – Seorang lelaki yang mengambil tempat duduk penumpang lain dalam keretapi laju dan enggan meninggal tempat duduk tersebut dilarang untuk menaiki pengangkutan itu dan didenda sebanyak 200 yuan.

Kisah lelaki itu menjadi tular selepas rakaman video menunjukkan Sun He mengambil tempat duduk dalam koc ekonomi untuk perjalanan dari Jinan ke Beijing.

Di samping enggan meninggalkan tempat duduk, He turut mengambil tempat duduk asalnya.

“Anda ada tiga pilihan – berdiri, ambil tempat duduk saya atau pergi ke koc tempat makan,” kata He kepada seorang wanita muda.

Seorang pegawai keretapi cuba memujuk He tetapi gagal.

Disebabkan masalah itu, penumpang wanita itu digantikan dengan koc kelas perniagaan.

Tindakan yang diambil oleh China Railway Jinan Group itu selepas insiden berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Bagaimanapun, China Railway Jinan Group tidak menjelaskan tempoh larangan itu.

Tetapi menurut garis panduan, pesalah boleh dilarang untuk menaiki keretapi itu selama 90 hari atau 180 hari, bergantung kesalahan yang dilakukan. – MalaysiaGazette