LONDON – Penyandang juara, Manchester City keciciran mata sebelum bangkit daripada ketinggalan untuk seri 1-1 dengan Wolves dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pagi tadi.
Ini merupakan kali pertama City gagal mengutip mata penuh di tempat lawan dalam EPL sejak Februari lalu.
Namun keputusan perlawanan itu dibayangi kontroversi selepas Pep Guardiola menghampiri pengadil sebaik sahaja perlawanan tamat dan meminta penjelasan beberapa keputusan yang tidak diberikan kepada mereka.
Willy Boly meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-57 menerusi jaringan kontroversi.
Pemain itu menjaringkan gol menggunakan tangan ketika cuba melakukan ‘diving header’ menyambut hantaran Moutinho.
City kemudian dinafikan penalti walaupun David Silva jelas dikasari di dalam kotak penalti.
Minit ke-69, pemain pertahanan, Aymeric Laporte menyamakan kedudukan menerusi tandukan deras dalam situasi bola mati.
Perlawanan terus menjadi kontroversi apabila Sergio Aguero ditarik di dalam kotak penalti dan penalti juga tidak diberikan pengadil. – MalaysiaGazette