LONDON – Borussia Dortmund mengumumkan laporan kewangan musim 2017/18 menyatakan kelab Jerman itu merekodkan pulangan pendapatan sebelum cukai bernilai €536 juta.
www.fearthewall.com melaporkan, ianya keuntungan sebanyak €29 juta daripada kos operasi dan bayaran cukai sekitar €127 juta.
Jumlah itu menyaksikan pendapatan kelab tersebut meningkat kepada 32.1 peratus berbanding €405.7 juta musim lalu.
Pendapatan itu adalah hasil daripada penjaualan Ousmane Dembelé, Pierre-Emerick Aubameyang, Sven Bender, Emre Mor, Mikel Merino dan Marc Bartra.
Dortmund menerima €222.7 juta daripada penjualan kesemua pemain tersebut dan ianya adalah 41 peratus daripada jumlah pendapatan keseluruhan kelab.
Sementara itu, hasil kutipan tiket berkurangan sekitar €313 juta ataupun kurang 4.6 peratus berbanding dengan tahun sebelum ini.
Dortmund kini meletakkan sasaran pendapatan €500 juta pada 2025 tanpa megambil kira jumlah penjualan pemain. – MalaysiaGazette