Home Ekonomi SC siasat Lavida Coin

SC siasat Lavida Coin

Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang meneliti maklumat sedia ada untuk menentukan sama ada penawaran Lavida Coin wujud sebarang perlanggaran undang-undang sekuriti.

Lavida Coin adalah mata wang kripto yang dilancarkan oleh jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza atau Datuk Seri Vida.

Badan pengawal selia itu berkata, pihaknya telah menerima pertanyaan mengenai penerbitan kertas putih bagi penawaran Lavida Coin kepada orang ramai.

Kertas putih tersebut mendakwa bahawa Lavida Coin ditawarkan sebagai satu inisiatif pembiayaan swasta untuk pengumpulan modal/dana bagi pembangunan tiga projek.

Kertas putih tersebut juga mendakwa bahawa hanya melalui pembiayaan ramai sahaja yang dapat memenuhi keperluan pembiayaan ini, kata SC dalam kenyataan di sini.

SC menasihati orang ramai agar mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dan berwaspada dengan risiko yang terlibat dalam menyertai mana-mana skim pelaburan, terutamanya skim pelaburan yang membabitkan mata wang kripto dan token digital. – MalaysiaGazette