Home Nasional Timbalan Ketua Pengarah antara ditahan untuk perintah reman

Timbalan Ketua Pengarah antara ditahan untuk perintah reman

PUTRAJAYA – Tujuh orang pegawai kerajaan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum lalu.

Mereka yang ditahan itu termasuk Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan salah seorangnya merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri.

Kesemua mereka telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. – MalaysiaGazette